Tuesday 20 May 2014

Pelbagai fungsi hebat!!
Si Kuning yang hebat!!
B Complex yang hebat!

ENTRI 9
SI BUTA HURUF MAHU BERBADAN DUA

Suami amat kecewa kerana aku tidak hamil lagi. Baru kahwin dua bulan tapi ibu mentua mahu tahu aku mengandung ke tidak. Rasanya aku datang bulan pada masa yang tepat. Tertekan juga bila orang tua mengharap mahukan cucu.

Alhamdulillah bulan kedua aku menjadi isteri dah berbadan dua. Tapi tiga bulan sebelum berkahwin aku amalkan makan asid folik. Sehingga masa mengandung dan selepas bersalin. Doktor juga mencadangkan wanita tang bercadang mahu hamil memakan asid folik. Sehingga kini aku mengamalkan B complex SHAKLEE yang mengandungi asid folik. Best sangat-sangat serta dapat berjimat dan bayi saya tulangnya kuat. Gigi anak saya juga tumbuh dengan cepat tau.

Begitulah kisa aku dengan asid folik.

bersambung...
ENTRI 9

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEBELUM DAN SEMASA HAMIL

Ramai wanita hamil tidak menyedari kepentingan asid folik sebekum hamil sedangkan ianya sangat penting untuk pertumbuhan janin yang bakal dikandung.

Kebanyakan wanita mengetahui tentang kewujudan suplemen asid folic hanya selepas disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat digalakkan utk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.

Asid folik atau kadangkala disebut folat ataupun B9 sangat diperlukan utk membina sel2 baru dalam tubuh. Ia penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.

Jika seseorang wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal dikandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang pernah dijalankan pada tahun 1960 di mana pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik di dalam tubuh wanita hamil dengan penyakit akibat asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang ( nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk ( anecephaly/ encephalocele). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Selain itu, ia turut mendatangkan kebaikan apabila dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pramatang, serta kekurangan darah ( anemia). Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen asid folik dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukka bahawa kecacatan2 ini boleh dikurangkan di antata 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. Untuk makluman anda, anecephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh, mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itu, suplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja dia disahkan hamil. Bagi kehamioan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi sedang berkembang pesat.

Jadi ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini adalah kerana ia adalah ejen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik 3 hingga 6 bulan sebelum merancang untuk hamil sangat penting!!!. Dengan demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel2 baru.

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua ( melebihi usia 3 minggu) pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan ambil suplemen ini sehingga bayi dilahirkan...
Nak citer pasal vitamin b shaklee ade asid folik...leh la tmbh kalau ade sapa2 nak letak kt blog...sumber majalah pama julai 2013

Hari ini saya saya nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B complex.  Bukan orang mengandung je yang perlukan B complex ye...

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Tanda - tanda Kekurangan B Complex

Depresi
Murung
Insomnia
Kurang selera makan
Sembelit
Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
Kurang konsentrasi
Mudah tersinggung
Melemahkan sistem saraf
Mengganggu fungsi otak
Pembentukan abnormal sel.
Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.  

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya.

Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap.

CARA ORDER:
===========
 Call/ SMS/WhatsApp/ ke0133972486

Perunding Vitamin Terbaik Anda :  

EXTRA bonus nya lagi kalau anda mendaftar dengan saya, in sya allah anda akan didedahkan dengan rahsia kejayaan team kami..
JOM SERTAI Group Saya sekarang juga!!
=========================================
✆ NAK DAFTAR? Sila Sms/Whatsupp ke 0133972486 SEKARANG JUGA!!! 1 malaysia pon boleh...Orang Sabah, Sarawak, Semenanjung...semuanya ada dlm grup saya..Apa tunggu lagi....!!!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm....Hubungi Saya Segera :

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,
♡♡Noor hayati Adam
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 948395]
♡♡ Contact No : 0133972486
♡♡ Email : vitaminsno1.gnor@gmail.com

♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Jemput jalan2 ke kedai on lain kami
Blog:

http://vitaminsno1.blogspot.com


SI BUTA HURUF NAK BERBADAN DUA


Posted via Blogaway

Tagged:

0 comments: